May 182010
 

Pada 7 – 9 Mei 2010 yang lalu aku menghadiri kursus fotografi & ‘birdwatching’. berbagai2 peserta dari seluruh sabah datang utk menimba ilmu yang dicurahkan oleh beberapa otai2 di Sabah ni seperti Cede Prudente, T S Wong, Jollence Lee, John Kong dan Kelvin Chan. CS Ling (Singapore)  juga dipanggil untuk memberikan kursus kepada kami. She’s very talented and very inspired. baru berumur 26 tahun suda jadi international wildlife photographer!

Aku berpeluang menggambar burung2 di sekitar National Park, Kundasang yang pada kebiasaannya aktiviti menggambar burung adalah dilarang tetapi kali ini peserta kursus diberi peluang pada hari tersebut. disamping menggambar burung2 ‘endemic’, kami juga membuat sesi lanscaping di pekan Kundasang. Penduduk yang ramah mesra dan sporting membuatkan kami sangat ‘passionate’ mengambil foto2 di situ.

Gambar di sebelah ni di ambil menggunakan lensa 200mm sahaja. sudah crop dari saiz asal. otai2 jangan cakap la dorang ada 600mm & lebih hebat lagi, digiscoping yang digunakan oleh Jason Reyes.

Seawal jam 4.30 pagi bangun untuk ke lokasi bagi mendapatkan foto suasana pemandangan gunung kinabalu di kala subuh dan matahari terbit. hari terakhir kursus tersebut kami ke Mesilau Golf Resort kalau tidak silap nama lokasinya. di situ pemandangan pada jam 7-8 pagi sangat cantik. kalau nak bergambar outdoor pre-wedding di sini pun sesuai.

oopss sorry jollence for bad shoot.

Apapun kursus ini sangat hebat. tidak rugi bayar yuran RM200 yang dianjurkan oleh Sandakan Foto. Harap dapat pergi ke sini lagi untuk dapatkan beberapa foto yang lebih mantap!

  One Response to “Photography & Birdwatching Workshop”

  1. Saya minat ambil gambar nature,,tapi saya tidak brapa pndai gna kamera yg saya ada,,bagaimna untuk mengikuti kursus ni dan apa syarat yg patut saya ada,,

 Leave a Reply

(required)

(required)


*

error: