May 282013
 

Pada 2004, bermula di UITM, mengambil dalam jurusan yang sama – DIM (Diploma in Information Management), Raphael & Jurinah memulakan kisah percintaan mereka di sini. Raphael merupakan senior kepadanya pada ketika itu. Beliau mula meminatinya semasa sesi perkenalan antara senior dan junior dan pada 14 Febuari 2004, setelah sekian lama bertanyakan khabar melalui teman sebilik Jurinah, beliau memberanikan diri untuk bergambar bersamanya setelah selesai menghadiri makan malam anjuran fakulti DIM. Bukan sahaja bergambar, tetapi beliau dengan ‘surprise’nya telah menghadiahkan sejambak bunga kristal kepada Jurinah pada malam itu. Mata ke mata, hati ke hati, lantas dua jiwa menjadi satu. Selang 5 hari kemudian, mereka telah mencipta suatu ikatan yang lebih dikenali sebagai ‘Couple’. Setelah genap 8 tahun, mereka telah melangsungkan pertunangan.

Kami berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk merakamkan detik-detik indah perkahwinan Raphael & Jurinah pada 3 November 2012 yang lalu. kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang terlibat-sama semasa acara perkahwinan antara Raphael & Jurinah ini berlangsung!

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

May 262013
 

Lokasi: Bongawan, Sabah

Alhamdulillah, tempoh perkenalan yang tidak sampai setahun akhirnya mereka diijabkabulkan pada 9 November 2012. Kisah bermula apabila Suhaida ‘direkemenkan’ kepada si Syed oleh makciknya semasa beliau masih menuntut di Politeknik Kuching. Pada sekitar awal tahun 2012, sekembalinya dari Kuching, beliau disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu oleh Syed bersama sejambak bunga dan itulah kali pertama mereka bersua muka. Kehadiran Syed di dalam hidup Suhaida cukup memberi makna kepada Suhaida dan seterusnya mereka mengikat pertunangan pada 25 ogos 2012.

Kami diberikan ‘mandat’ untuk mengambil detik2 indah perkahwinan mereka dan syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. Kami nak ucapkan semoga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu kepada Syed & Suhaida! Amin.

Berikut adalah favorite shots dari lensa kamera kami. Enjoy!

1

2

3

4

5

6
7
9
9

error: